Saturday, May 1, 2010

malunyaaaa saya...

Ini kisah menyayat hati yang berlaku pagi tadi. Sungguh menyedihkan dan menyakitkan hati...Grrrr...

Seperti biasa, setiap pagi di hujung minggu aku akan jogging di kompleks sukan bertam. Tapi sejak kebelakangan ni, ada je event jadi stadium ditutup. Jadi aku terpaksa jogging di sekitar kawasan tu lah. Depan dewan milennium, budi penyayang etc.

Pagi ni aku pun buat yang sama, tapi tiba2 ada bau yg menusuk hidung aku. Bau sampah. Aku pandang kiri, pandang kanan, penuh sampah atas jalan, atas rumput, atas tempat letak kerana. Ya Allah...apa laa diorang ni. Pengotor sangat2. Memalukan.

Jom kita tengok sikit gambar yang memalukan ni. Kalau laa bau busuk boleh paste kat sini, aku dah paste dah. Biar 1 dunia tau. Biar rakyat Malaysia sedar diri perangai buruk diorang ni.


Salah satu gerai yang ada di sini. Nak galakkan aktiviti kesihatan, tapi tengoklah pilihan makanannya. Burger untuk kanak2 di pagi hari...

Kotak tu penuh dengan sampah, plastik2 tu pun sama.Bersepah2. Kalau nak tau, atas rumput tu pun penuh dengan plastik makanan & bekas air.



Ok, dari gambar ni, cuba kira dah berapa cawan yg dilempar macam tu saja. Sakit betul mata.




Mari kita close-up sikit. Tengok betul2 cawan tu tulis apa dan ada gambar apa?? Ada jalur gemilang kan, lepas tu ada perkataan MERDEKA...Eiii...tak sekolah ke semua orang??Kalau macam ni, rakyat Malaysia masih belum merdeka tau.


Tong sampah ada disediakan, tapi dah penuh. Tengok, tepi tong tu jugak yang nak dibuangnya. Oh ya, ada juga tong yang lain, tapi tak banyak. Yang aku tengok tong2 sampah yang lain2 tu tak penuh pun.



Ya. Inilah tempatnya. Kompleks sukan MPSP. Majlis Perbandaran Seberang Perai yang berperanan membersihkan seluruh Seberang Perai. Tapi lihatlah kawasan sekitar kompleks sukannya. Bukan setakat sakit mata memandang, sangat busuk tau.
Aku quote kata2 Islami,
Tu masalah global kat m'sia ni..buang sana buang sini. negara membangun yang pesat tp mentaliti tahap sifar.tak berubah2.
Well...betul kan. Wahai kawan2 semua, marilah kita menjaga kebersihan dengan bersungguh kerana ia sebahagian daripada Iman. Yang buat aku sangat sedih & marah, orang yang buat sampah ni semua Melayu Islam. Aku hampir pasti sebab kawasan ni 80-90% Melayu kot, jarang2 ada bangsa lain. Jadi adakah kita praktikkan ajaran Islam yang sebenar??Atau sekadar bertempik melaung perkara2 yang pada namanya sahaja Islam, tapi sebenarnya atas propaganda yang lain...
Hmm...sila sampaikan mesej alam sekitar ini pada orang2 di sekaliling anda ye...