diagram 2
diagram 3
As requested by a friend, i fwd here info on LASIK. it's not actually my field & my hospital also dont perform any LASIK surgery so i dont realy expert in this topic. but i found this article from ukm website.should u have any enquiries just leave me a comment & i'll refer it to my specialist ok!
LASIK
Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu pembedahan mata biasan (Refractive Laser eye surgery) yang dijalankan oleh ophtalmologist untuk memperbaiki rabun jauh, rabun dekat,dan astigmatisme. Prosedur yang lebih kerap dijalankan ialah photorefractive keratectomy, PRK, (juga dikenal sebagai ASA, Advanced Surface Ablation) kerana ia memerlukan masa yang lebih singkat untuk permulihan dan pesakit juga tidak akan mengalami kesakitan.
Walau bagaimanapun, PRK/ASA juga merupakan alternatif kepada LASIK. Banyak pesakit memilih LASIK sebagai alternatif daripada memakai kaca mata atau kanta sentuh.

Teknologi
LASIK teknik dicipta oleh ophthalmologist Jose Barraquer, dari Columbia. Pada tahun 1950, di kliniknya, Bogotá, Colombia, dia telah menjalankan mikrokeratome yang pertama dengan memotong kepingan nipis kornea dan mengubah bentuknya dalam satu prosedur yang bernama keratomileusis. Stephan Schaller membantunya. Barraquer juga menyumbangkan pengetahuannya tentang jumlah kornea yang harus elak daripada ubah suai bentuknya supaya dapat memberi kesan yang lebih lama dan baik selepas pembedahan. Pertukaran ukuran optik dengan pembedahan dikenali sebagai Pembedahan Biasan (Refractive surgery). Kemudiaan, pelbagai teknik dan prosedur yang baru telah diperkembangkan contohnya RK (radial keratotomy), bermula pada 1970s di Russia oleh Svyatoslav Fyodorov, dan perkembangan PRK (photorefractive keratectomy) pada 1983 oled Dr Steven Trokel dari Universiti Columbia.
Pada awal tahun 1960, suatu alat yang khas telah dicipta dan membolehkan gelombang cahaya yang selari ditumpulkan pada satu titik. Akhirnya, ciptalah teknologi LASER. Pada 1968, di Northrup Corporation Research and Technology Center, Universiti California, Mani Lal Bhaumik dan ahli-ahli sains yang lain, semasa dalam proses mencipta laser karbon dioksida, ciptalah Excimer laser. Ini telah menjadikan asas kepada REFRACTIVE eye surgery (Pembedahan Biasan). Dr. Bhaumik mengumumkan penemuannya pada Mei 1973 dalam satu perjumpaan iaitu Denver Optical Society of America di Denver, Colorado.
Banyak keliruan yang timbul antara perkataan LASIK dan Pembedahan Biasan. Hal ini telah menimbulkan pembentangan tentang sejarah lasik. Pengenalan laser dalam procedur pembiasan bermula dengan perkembangan teknologi laser oleh Rangaswamy Srinivasan. Pada 1980, Srinivasan yang bekerja di IBM Research Lab, terjumpa ultraungu dapat menumpul pada tisu dengan tepat sekali dengan tidak menyebabkan kerosakan terma pada tisu di sekelilingnya. Dia menamakan fenomena ini sebagai Ablative Photodecomposition (APD). Stephen Trokel telah menerbitkan kertas pembentangannya di American Journal of Ophthalmology pada 1983 dengan ringkasan tentang potensi excimer laser dalam Pembedahan Biasan. Hak terpelihara yang pertama bagi membetulkan kornea dengan laser telah dikurniakan kepada Dr. Steven Trolel oleh US Patent Office kepada Gholam A. Peyman, MD pada June 20, 1989, US Patent #4,840,175, "METHOD FOR MODIFYING CORNEAL CURVATURE," dengan penjelasan bahawa pembedahan ini melibatkan permotongan kepingan kornea yang nipis serta menariknya untuk mendedahkan dasar kornea. Kornea yang didedahkan telah dibentuk sehingga bentuk yang sesuai dengan excimer laser dan kemudiaannya digantibalik semula. Prosedur lasik yang dinyatakan di atas tidak dapat dijelaskan dan dijalankan oleh Dr Peyman kerana percubaan excimer laser yang pertama yang bermula pada tahun 1989 tidak melibatkan Dr Peyman, kerana beliau tidak dipilih sebagai antara sepuluh penyelidik yang dipilih oleh FDA sebagai percubaan VISX. Laser yang digunakan pertama kali adalah mengubah bentuk permukaan kornea yang dikenali sebagai PRK. Dr. Palliakaris telah memperkenalkan dan menerbitkan konsep lasik pada tahun 1992. Dr Joseph Dello Russo merupakan salah satu daripada sepuluh penyelidik dari FDA yang menguji dan meluluskan Visx laser amat dalam ilmunya dalam bidang ini.Walau bagaimanapun, orang yang dapat memberi sejarah yang terbaik tentang laser ialah “bapa kepada pembetulan penglihatan dengan laser" ialah Dr Steven Trokel, dari NYC.
Konsep lasik yang pertama telah dikemukakan oleh Dr Palliakaris pada tahun 1992 kepada kumpulan pembedah laser yang pertamayang dipilih oleh FDA untuk menguji Visx laser di 10 pusat di AS. Dr Palliakaris memberi theori tentang kebaikannya menjalankan PRK denagan Mikrokeratome yang dicipta oleh Barraquer pada tahun 1950. Akhirnya ia dinamakan sebagai LASIK yang menjadi amat popular kerana ia memberi kesan yang baik selepas pembedahan dan tidak perlu mengalami kesakitan.
Sehingga hari ini, teknik ini telah dibaikpulih dan kesannya telah diperbaikanserta dipercayai jika dibandingkan dengan prosedur yang dijalankan pada 1991. Walau bagaimanapun, disebabkan excimer lasers yang had dan kerosakkan saraf mata, pelbagai alternatif telah diubahsuai untuk meningkatkan kualiti LASIK contohnya LASEK, Epi-LASIK, sub-Bowman’s Keratomileusis, dan wavefront-guided PRK.
Dengan harapan, pada masa yang akan datang, LASIK dapat diperbaiki lagi untuk mengelakkan kelemahan kornea dan kerosakkan tisu di sekelilingnya. Teknik 20/10 (Technolas) laser FEMTEC yang terbaru telah membedah beberapa ratus mata manusia dan telah memberi kesan yang sangat baik untuk memperbaiki rabun jauh, rabun dekat, dan astigmatisme.
Prosedur
Sebelum Pembedahan
Terdapat beberapa persediaan yang harus dibuat sebelum pembedahan misalnya pesakit yang memakai kanta sentuh selalunya dinasihatkan supaya tidal memakai kaca sentuh kira-kira dua minggu sebelum pembedahan. Sebelum pembedahan juga, pesakit mesti menjalankan pemeriksaan mata contohnya menentukan ketebalan kornea dengan pachymeter, pengukuran permukaan kontour kornea dengan topographic map. Process ini juga menentukan astigmatisme dan bentuk kornea yang tidak normal. Dengan proses dan informasi yang didapatkan, pembedah dapat mengira jumlah dan lokasi tisu kornea yang dapat atau perlu dikeluarkan semasa pembedahan. Sebelum ini, pesakit juga diberi antibiotik untuk minimumkan jangkitan selepas operasi. Pesakit juga dipastikan tidak mempunyai penyakit yang lain contohnya diabetes, hypertensi, SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS, Rheumatoid arthritis dan sebagainya.
Pembedahan
Pembedahan ini dijalankan dengan pesakit dalam keadaan yang sedar. Walau bagaimanapun pesakit akan diberi ubat bius yang sederhana (contohnya Valium) dan penitis mata.
Tiga langkah hanya diperlukan untuk menyelesaikan LASIK.
1. Memotong lapisan kornea.
2. Mengubahsuaikan dasar kornea dengan laser.
3. Lapisan kornea diletak balik ke tempat yang asal.
Selepas pembedahan
Pesakit selalunya diberi antibiotik dan penitis mata selepas pembedahan. Pesakit juga diberitahu untuk tidur lebih banyak untuk mempercepatkan permulihan dan juga diberi kaca mata hitam untuk mengelakkan cahaya yang terlalu terang.Penitis mata adalah untuk mengellakkan kekeringan mata. Pembedah juga harus memberitahu tata cara yang harus diadakan untuk menjaga kesihatan mata dan mengelakkan jangkitan.
Keberkesanan LASIK
Melalui peninjauan kira-kira 92% hingga 98% pesakit amat memuaskan dengan keberkesanannya di seluruh dunia.
Bagi mereka yang tidak berpuas hati selalunya ialah berkenaan dengan kekeringan mata yang dialami selepas pembedahan.
Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa ialah kekeringan mata. Menurut American Journal of Ophthalmology Study pada Mac 2006, untuk permulihan kekeringan mata selepas enam bulan selepas pembedahan ialah 36.36%. Akan tetapi, FDA (Food and Drugs Administration) pula menyatakan kekeringan mata akan kekal selama-lamanya.
Selain itu, pesakit mungkin mengalami halos, dua imej, pemandangan yang tidak jelas dan sensitivity kepada cahaya yang terang yang semua disebabkan oleh kekeringan mata. Sekiranya, masalah kekeringan mata tidak lagi wujud, masalah lain juga akan diselesaikan.
Umur
FDA hanya meluluskan LASIK kepada pesakit yang berumur 18 tahun ke atas. Yang paling penting ialah kuasa matanya harus stabil dalam dua tahun sebelum pembedahan.
ok..above is the diagram of how the LASIK is done. i crossed into some articles of how advance the procedures have become but as i said earlier this is the ophthalmologist field so i just give u what i know. xkan nak memandai kot kang kena saman lak.
basic LASIK gni je..to reshape the corneal curvature so that it can compensate with patient's eyesight to see better.haa..gitu laa.cornea tu lapisan ats mata hitam kita.cornea is the biggest contributor of eye power.so in LASIK, the cornea layer will be cut & flap but i'm not sure up to which layer coz cornea ni byk layer laa plak kan.jadi bila dh flapkan cornea tu, laser akn digunakan utk reshape the cornea.for example, for myopic patient(shortsighted a.k.a rabun jauh) the cornea is steeper/curam(rujuk diagram 1, tgk bhgn depan mata tu, cornea yg depan skali.utk myopic lengkungan tu lebih skit mcm gunung yg curam laa..lbh runcing..phm x??kalau org yg biasa it is slightly flat).jadi bentuk cornea dah diubah mnjadi flat.pastu flap tu diletak blk kat tmpat dia..biar gitu je x payah nk jahit2...no sutures required kay!!
they claim this can correct the eyesight permanently.f.y.i gak LASIK skrg ada byk jenis..not only limited to myopic only.i heard skrg presbyopia(rabun dekat/tua) pun dah leh LASIK but dont ask me laa..i xtau.kat uni dlu ada laa blajaq ni ckit2 tp gitu2 je lah.
ada pape nk tanye encik midin yg bertanya soalan...panjang lebar aku bg kat hang ni haaa...

No comments:
Post a Comment